Selamat Hari Raya & Selamat Hari Merdeka

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa nie. Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan kita sebagai umat Islam menunaikan kewajipan kita yang sentiasa kita kerjakan setiap tahun, apa lagi kalau bukan berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat dan keistimewaan berbanding bulan-bulan lain.

Lagi Buffered Earnings ke-4 dari Nuffnang

Rasa bosan jugak cerita pasal Nuffnang yang hasilnya tak seberapa nie. Tapi oleh kerana 2 hari lepas kalau tak silap, Nuffnang dengan rasa kasihan, telah memberi Buffered Earnings yang ke-4 untuk kempen iklan Nescafe Chill-lah Grapevine. Apa tujuan Nuffnang bagi Buffered Earnings kat blog aku yang memang visitor tak sampai 20 sehari nie? Hahaha… Serius… Continue reading Lagi Buffered Earnings ke-4 dari Nuffnang

Lagu Cinta Mukabuku Dah Masuk Carta Muzik-muzik

Cinta Mukabuku dah masuk Muzik-muzik wei!!! Hehehe… Masa aku dok blogwalking, sambil-sambil layan Muzik-muzik kat TV3, sekali Najwa Latif dengan lagu Cinta Mukabuku dah masuk dalam pencalonan baru. Memang rezeki si Najwa Latif sebab lagu nie memang hari-hari kedengaran di corong-corong radio. Balik dari Baazar Ramadhan tadi pun ada gak terdengar lagu nie dalam Radio… Continue reading Lagu Cinta Mukabuku Dah Masuk Carta Muzik-muzik

Rintihan Seorang Lelaki Yang Bergelar Ayah…

Sudah 5 hari aku tinggal seorang diri di rumah nie selepas balik ke kampung tercinta di Kuching, Sarawak. Lepas bercuti seminggu hari tu, keluarga aku ditinggalkan di kampung untuk menyambut hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Oleh sebab tahun nie aku tak dapat bercuti raya, jadi aku ambil inisiatif untuk menghantar isteri ter’chenta’… Continue reading Rintihan Seorang Lelaki Yang Bergelar Ayah…