1 November 2012

Download BR1M 2.0 – Mohon & Muaturun Borang BR1M2.0 2013 Online Sekarang!

BR1M 2.0 atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Bajet 2013 sudah pasti salah satu perkara yang menggembirakan kerana BR1M 2.0 ini berbeza dengan BR1M yang pertama.

Apa yang istimewa dan kelebihan BR1M 2.0 ini tidak perlu untuk dirungkai kerana anda sudah pasti mengetahui sebelum ini ‘kan?

Borang BR1M 2.0 kini boleh didapati secara online sama ada untuk mengemaskini profil dalam BR1M atau download borang BR1M2.0 secara percuma. Sungguh mudah untuk dapatkan BR1M 2.0 ini tetapi harus diingat sama ada anda layak atau tidak untuk mendapatkan BR1M 2.0 ini kerana kelayakan pemohon BR1M 2.0 sama ada berkahwin atau bujang.

Untuk yang bujang atau individu, gaji pemohon BR1M 2.0 ini hendaklah di bawah RM2,000 sebulan dan yang sudah berkahwin, jumlah pendapatan dalam isi rumah di bawah RM3,000.

Syarat-syarat & Kelayakan Pemohon BR1M 2.0 2013

•   Isi rumah yang layak (RM500):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)    Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.

•   Individu yang layak (RM250):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

•   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
•   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Anda layak untuk memohon BR1M 2.0 ini? Jika layak, sila download borang BR1M 2.0 secara percuma sekarang di laman web rasmi BR1M 2.0. Klik di sini! https://ebr1m.hasil.gov.my/

Google :



{ 4 comments… read them below or add one }

nizam ijam November 1, 2012 at 5:26 pm

aku dah isi…haha

selamat hari raya aidiladha :)

Reply

admin November 2, 2012 at 4:33 pm

ko mana layak, income blog rm5k sbulan kot. :D

Reply

Teoh Hui Ong December 18, 2012 at 1:08 pm

Can i check online for BR1M2.0 for new n 2nd application whether successful or not.
Kindly email me the webside.
TQ

Reply

hafiesmick March 15, 2013 at 8:31 pm

dah isi online n submit lama dh tp xdpt2 lg pown..org lain semua dh dapt dh…ape citer..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: