Harga iPhone 5 Malaysia Bermula Dari RM3,350, Mampukah Aku Memilikinya?

Berapakah harga iPhone 5 di Malaysia? Itulah soalan cepu emas daripada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang menanti kedatangan gajet Apple terbaru iaitu iPhone 5. Entri ini bukanlah untuk iPhone 5 review, sebab aku tak lihat lagi dengan mata kasar apatah lagi untuk menyentuh iPhone 5 ini ya!

Agak mengejutkan bila mendapat tahu yang harga iPhone 5 untuk market di Malaysia bermula dari harga RM3,350. Itu pun untuk iPhone 5 16GB (Black & White).

Huh! Agak meleset sangkaan awal aku sebab sebelum ini harga iPhone 4S cuma mengambil tempat harga untuk keluaran iPhone 4 tetapi untuk iPhone 5 ini agak tinggi dan iPhone 5 32GB berharga RM3,750 manakala iPhone 5 64GB berharga RM3,900 dan masing-masing untuk versi hitam dan putih. Persoalannya, mampukah aku untuk memiliki iPhone 5 ini?

Tapi, harga yang aku senaraikan tersebut kemungkinan lebih murah daripada apa yang kita jangkakan. Jangan risau, syarikat telekomunikasi di Malaysia nanti pasti akan menawarkan harga dan pakej yang istimewa untuk pelanggan dan tak kisahlah pakej dari Celcom, Digi atau Maxis.

Rasa-rasa mungkin terkubur hajat di hati hendak memiliki iPhone 5 ini dan terpaksalah tunggu iPad Mini yang tak lama lagi akan dikeluarkan tapi tak tahu bila tarikh ianya akan sampai di Malaysia. Sama seperti iPhone 5 walaupun belum diumumkan tarikh dijual di Malaysia namun boleh dibeli melalui syarikat yang menjual melalui online contohnya di laman web ‘Lazada’. (tak pun beli kat Singapore)

Oh ya! Harga iPhone 4S dah turun banyak sebab untuk iPhone 4S 16GB Black & White hanya RM1,799. Masa mula-mula keluar hari tu berharga RM2,199 dan aku beli hari tu kat kedai (branch) Celcom kena tambah RM300 sebab beli yang warna putih. Biasalah, mula-mula keluar dan beli tanpa kontrak daripada mana-mana syarikat telekomunikasi.

Tak dapat nak merasa pakai iPhone 5, cukuplah pakai iOS 6 dekat iPhone 4S. Heh. Kalau korang dah beli iPhone 5 nanti, jangan lupa jailbreak iPhone 5 iOS 6 korang nanti. Hahaha!

8 comments

  1. Jangan risau, harga yang melambung tu adalah untuk grey market, bukan yg dilancarkan di Malaysia. Bila dah betul2 official, malah lebih murah dari RRP Apple Online Store Singapore.

    Boleh buat calculation sendiri, dan dapat agak range harga dia lebih kurang berapa. Yang pasti, dalam dua lebih je.

  2. Bro, harga iPhone 5 lebih 3k adalah yg diaorg import dr luar negara. Biasala, on demand mmg la mahal. Harga official utk iPhone 5 d malaysia adalah Rm 2199! I pun tak sabar na beli gak, tp 3 ribu + tu mmg mahal!

  3. nak tanya boleh ke nak beli iphone 5 ni from celcom or maxis tanpa data plan??or kena beli dkt apple store jgk kalau nak yg unlocked punya

Leave a Reply to Nizam Ijam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *