Lagu Cinta Mukabuku Dah Masuk Carta Muzik-muzik

Cinta Mukabuku dah masuk Muzik-muzik wei!!! Hehehe… Masa aku dok blogwalking, sambil-sambil layan Muzik-muzik kat TV3, sekali Najwa Latif dengan lagu Cinta Mukabuku dah masuk dalam pencalonan baru. Memang rezeki si Najwa Latif sebab lagu nie memang hari-hari kedengaran di corong-corong radio. Balik dari Baazar Ramadhan tadi pun ada gak terdengar lagu nie dalam Radio Hot FM.

Melodi dan lirik lagu nie tidak dinafikan memang best dan sempoi jer bila didengar. Apa-apa pun tahniah kepada Najwa Latif dan diharap terus berjaya dan terus mencipta lagu yang mengikut citarasa dan perkembangan zaman alaf baru ini. Layan ler video klip lagu Cinta Mukabuku tu yew!

Teringat zaman masa Mukabuku.net tahun lepas… Hehehe…

Google :

2 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. (Video & Lirik) Najwa Latif Dengan Lagu Kosong Selepas Kejayaan Lagu Cinta Mukabuku | Rilekslah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*