Projek 2018 : YouTube Channel CHOOZgraffix Production X Samsul Ahmad

Assalamualaikum dan salam tahun baru 2018. Agak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru, namun bahang tahun baru masih terasa. Betul tak?

Untuk tahun 2018 ni, saya telah setup Youtube Channel CHOOZgraffix Production dan pada mulanya dinamakan dengan Samsul Ahmad. Dari dulu lagi nak buat vlog kot, kebetulan semangat timbul pada Disember lepas, terus setup. 🙂

Pada mulanya channel Youtube ni dinamakan Samsul Ahmad, namun apabila difikir acap kali, lebih baik ditukar kepada Youtube Channel CHOOZgraffix Production memandangkan bukan video saya seorang sahaja yang di dalam channel tersebut.

Lagipun nama CHOOZgraffix Production telah saya daftarkan sebagai salah satu syarikat kecil di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pssttt… impian dari dulu nak ada lesen syarikat ni tau! Hahaha…

Mungkin video puteri-puteri dan putera saya yang akan banyak di dalam channel ini nanti. Ini pun permintaan mereka juga, bukan saya saja-saja nak paksa kan? Hehehe…

Okaylah, kalau korang ada masa bolehlah jenguk Youtube Channel CHOOZgraffix Production, klik kat sini ya!

Intro & My First Set Up YouTube Channel 🇲🇾 | Samsul Ahmad X CHOOZgraffix Production

Kalau dah masuk kat Youtube tu, klik lah button SUBSCRIBE dan loceng kecik tu ya! Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*