Satu Hari Di McDonald’s Kulim

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia kepada korang yang sudi singgah atau tersesat kat blog aku nie. Haha… Lama dah tak update blog nie dan tiba-tiba pulak hari nie ada masa free sikit untuk update blog. Kalau tengok tajuk, dah tentu mengenai McDonald’s Kulim kan.

Okay, tengahari semalam aku dan family aku pergi ke Tesco Jelutong, Penang sebab ada urusan seri paduka sikit. Ingatkan dah settle semua urusan, bolehlah pusing-pusing Tesco Jelutong. Tapi, Qarieysha (kakak) buat hal pulak dan terus balik ke Kulim. Nak makan tengahari pun tak sempat kat Penang terus gerak balik.

Dalam perjalanan aku & my wife berbincanglah nak makan kat mana dan keputusan muktamad adalah ‘tapau’ Drive Thru McDonald’s. Bila dah dekat nak sampai kat McDonald’s Kulim tu, my wife ajak aku try makan kat McDonald’s. Biar betul??? Untuk pengetahuan korang, memang tak pernah lagi kami sekeluarga makan kat McDonald’s selepas Qasrieyna (adik) dilahirkan. Selalu memang Drive Thru jer..

Masuk jer kat dalam McDonald’s punyalah seronok si Qarieysha sambil menjerit bila nampak ada permainan kanak-kanak kat dalam tu.

Eh, mama pun nak possing gak ke? Hehehe… Dekat pukul 2 petang baru nak makan tengahari…

Tuan rumah pun nak ‘inteprem’ jugak okay… Hahaha… Licin Double Cheese Burger aku bedal daaa…

Habis jer makan, terus gerak balik ke rumah dan macam biasa, Qarieysha akan meraung & menangis sebab tak puas lagi beraksi di tempat permainan kanak-kanak tu. (lupa nak ambik gambar)

Pendek kata, kira berjayalah percubaan pertama membawa 2 orang puteri aku nie makan kat McDonald’s. Hehehe… InsyaAllah, kalau ada rezeki boleh makan lagi…

p/s : makan kat McD pun nak cerita kat orang? Ceh… Hahaha…

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *