Selamat Hari Raya & Selamat Hari Merdeka

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada semua yang sudi singgah di blog aku yang tak seberapa nie. Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan kita sebagai umat Islam menunaikan kewajipan kita yang sentiasa kita kerjakan setiap tahun, apa lagi kalau bukan berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat dan keistimewaan berbanding bulan-bulan lain.

Di kesempatan yang terluang ini, saya cukup berbesar hati untuk melafazkan kata “Maaf ” kepada yang mengenali diri ini, sama ada melalui dunia realiti mahu pun di alam maya ini. Mungkin ada yang terasa atau terguris perasaan selama ini sama ada di dalam entri blog ini atau blog yang lain. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan dapat lari dengan membuat kekhilafan yang nyata atau tanpa kita sedari.

Tahun nie sekali lagi beraya di perantauan sebab tak dapat cuti raya, maklumlah kena ikut turn sebab tahun lepas dah kena turn saya ambil cuti raya nie. Syawal nie memang disambut dalam sikit kesuraman tanpa isteri terchenta dan puteri-puteriku yang dirindui. Kian hari kian berbunga rindu di hati pada keluarga ku ini. Sebelum nie, jarang berenggang dengan mereka, tapi apa kan daya demi mencari nafkah dan rezeki halal di bumi hijau Allah SWT ini.

Diharap puteri-puteri ku di kampung bergembira pada 1 Syawal yang bakal kunjung tiba dalam sehari dua nie tanpa ayah nya di sisi. InsyaAllah, kalau dipanjangkan usia, tahun depan dapatlah beraya bersama keluarga di kampung. Memang terasa kesebakan di dada apabila teringat dan menatap gambar raya tahun lepas di mana berkesempatan beraya di kampung. Hmm… Mengimbau kembali kenangan raya bersalam-salaman meminta ampun dari kedua ibu bapa adalah perkara yang sukar untuk dilupakan. Tahun nie tidak berpeluang untuk bersalam dengan kedua ibu bapa ku, hanya sekadar meminta maaf melalui suara sahaja.

Pada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa dan kampung, kalau berkesempatan balik ke kampung pada lebaran nie, balik lah berjumpa mereka kerana inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh kedua ibu bapa kita. Okay‘lah, sampai kita berjumpa lagi dalam entri yang akan datang. Pada yang balik ke kampung dengan kenderaan sendiri, berhati-hatilah ye, ingatlah orang yang tersayang yang sedang menunggu kepulangan anda. Salam Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada anda semua. Assalamualaikum…

Kalau nak feel baca entri nie, sila dengar lagu Dendang Perantau nyanyian P. RamleePeace! -Ikhlas Dari Samsul Bin Ahmad

Google :

5 Comments

    • dah bro, anak pun dua… hehe… selamat raya gak ek bro… maaf jika ada kasar dalam chat ke ape ke… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*