Tema Orange’s Juice Ler Pulak!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia kepada korang semua… Entri kali nie, saja jer nak bagitahu yang blog aku nie dah tukar ke tema baru, iaitu SamsulAhmad Orange’s Juice… Hehe… Entah apa entah ler tajuk tema nie kan… Sebenarnya tak banyak yang ditukar, just tukar header, menu header & ‘kaler’ background oren yang menyakitkan mata tu.

Tak banyak masa sangat sekarang nie, sebab tu tak boleh nak edit semua sekali. Sekarang nie tengah menyiapkan template untuk CGX.my untuk menggantikan CGXstudioz.com dulu yang dah hilang dari alam maya nie. Walaupun sibuk, sempat jugak ler siapkan template untuk blog aku yang tak seberapa nie. Bukan apa, masa ‘dok’ feel nak siapkan CGX.my, tetiba lak idea hilang entah ke mana.

Okaylah, sampai setakat nie jer lah yang sempat aku nak cerita, sebab nak sambung balik habiskan CGX.my yang lama dah terbengkalai nie. Pssttt… Jangan lupa jenguk-jenguk lah CGX.my nanti yew! Assalamualaikum…

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*