Aku Pun Sibuk Cerita Pasal KFC

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, buat julung kalinya aku update blog nie 2 kali dalam masa sehari… 😀 Tahniah buat diriku… Ekekeke…  Okay, sebenarnya aku nak cerita pasal yang isu KFC nie sana sini sibuk menceritakan, aku pun nak cerita jugak lah…

Bukan apa, masa blogwalking petang tadi, banyak terjumpa blog-blog yang cerita pasal KFC nie… Ala, kan hari tu kecoh pasal video pekerja KFC yang membuat menu baru iaitu “Ayam Goreng Perisa Tapak Kasut”

Tapi, orang kita nie tak peduli cerita nie termasuk aku, sebab baru jer lepas makan benda alah nie. Hahaha… Gara-gara terliur masa blogwalking petang tadi…

Yang menariknya, KFC ada menu baru iaitu Ole! Pocketful. Tak tahulah yang nie menu baru atau lama, sebab kalau tak silap aku, dah dekat 6 bulan kot tak makan KFC, dok makan McD dengan A&W jer. Bukan sombong, sebab KFC nie dah selalu sangat makan, lagipun McD nie baru jer wujud kat tempat aku duduk nie tahun lepas.

Lepas tu KFC nie pulak yang betul-betul dekat dengan tempat aku duduk nie sekarang pulak yang bukak tak sampai sebulan. Kalau nak pergi jauh-jauh, mungkin tak kot.

Okay’lah, setakat nie jer cerita aku untuk malam nie… taip panjang-panjang bukan korang nak baca sampai habis pun… Hahaha… Bye…

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *