Bersih 2.0 meninggalkan kesan yang “Bersih” terhadap Negara

Alhamdullillah, Perhimpunan Bersih 2.0 sudah selesai semalam 09 Julai 2011 dengan jayanya tangkapan seramai 1667 menurut Facebook PDRM. Seramai 1500 adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita. Apa yang korang dapat kat Perhimpunan Bersih 2.0 nie semalam (untuk yang hadir)? Semuanya sia-sia sebab kecekapan PDRM mengatasi masalah ini dari awal lagi. Dah terang-terang amaran dari Pihak Berkuasa yang Perhimpunan Bersih 2.0 nie adalah HARAM! Titah Baginda Yang Di-Pertuan tempoh hari pun mereka ingkar apatah lagi arahan dari Pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa. Perhimpunan Bersih 2.0 adalah sia-sia kerana matlamatnya GAGAL!

POLIS JAHAT! POLIS ZALIM! Wah wah… Inilah perkataan yang tersembur dari mulut mereka yang menyokong Perhimpunan Bersih 2.0. Jahat ke? Zalim ke Polis? Yang korang tak dengar arahan dari Polis FRU apasal? Bukan ke Polis FRU dah suruh korang ‘blah’ dari situ kan? Teercegat lagi, pastu nak main kejar-kejar pulak dengan Polis FRU. WTH!!! Oooh… Korang ingat Polis FRU berundur sebab takut kat korang? Silap silap… Mereka ada undang-undang yang ketat di mana hanya boleh bertindak dengan arahan dari pihak atasan. Kalau diorang nak tembak atau pukul korang tanpa arahan atasan, dah lama dah korang mampus!

Ye ke? Betul ke pakcik yang berumur 58 tahun tu meniggal disebabkan pancutan air dari Water Cannon Polis FRU? Air tu bukan racun, air tu dicampur bahan kimia yang menyebabkan mata korang pedih jer, bukan nak bunuh sampai mati. Mungkin pakcik tu sakit jantung kot? Hmmm… Kalau tak datang join Perhimpunan Bersih 2.0 mesti tak jadi perkara nie. yang kelakarnya, dalam video nie, mamat nie patah kaki disebabkan Polis. Hahaha… Betul ke nie? Yang ambik video nie pun macam-macam soalan bangang yang dia tanya kat mamat nie. Tiba-tiba jer yang sebelah dia nie jawab “Polis Pukul dia sampai patah kaki”. Mana video yang Polis pukul tu? Mai, nak tengok! Lain kali, kalau dah tahu Perhimpunan nie HARAM, janganlah sibuk-sibuk nak join, takde faedahnya. Kalau korang nak tengok gambar dan video terkini mengenai Perhimpunan Bersih 2.0 nie semalam, bolehlah masuk di sini. Korang tak puas hati, aku pun tak puas hati sebab isu nie aku tak boleh nak cuti balik kampung. lolz.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *