Cek Dari Nuffnang Yang Terakhir???

Assalamualaikum kepada pembaca yang sesat kat blog aku nie… Hahaha… Aku dengan bangga dan riaknya nak cerita sikit pasal cek nuffnang yang aku baru dapat minggu lepas (kalau tak silap) dan baru di’bank in dua hari lepas. Bila tengok kat Maybank2u, alhamdullillah dah masuk pun duit dari nuffnang nie.

Walaupun hanya RM137.78 cek dari nuffnang nie, tapi nak dapatkan jumlah sebanyak nie, perghhh!!! Tak silap makan masa dekat 2 tahun kot? Hahaha…

Tapi sekarang nie, jumlah sebanyak nie boleh aku dapatkan hanya 2 minggu tetapi bukan melalui Nuffnang mahupun advertpalat, tapi melalui iklan yang aku baru pasang dua bulan lepas, iklan ADMAX. Memang berbaloi walaupun kempen iklan agak kurang. Pssttt, iklan Google Adsense lagi masyuk!

Mengenai tajuk ‘Cek Dari Nuffnang Yang Terakhir???’ nie rasa macam sayang pulak sebab dalam akaun semasa Nuffnang sekarang nie masih berbaki RM25 ++ lagi. Hmmm, Nuffnang nie kadang-kadang bengang jugak dibuatnya. Apa taknya, kadang-kadang blog memang lembab nak dibukak gara-gara nak load server / iklan dari Nuffnang nie.

Tengoklah sehari dua nie, kalau rasa sayang lagi kat Nuffnang nie, ada lagilah banner iklan Nuffnang. Kalau tak, i’m sorry Nuffnang!!! Hehehe…

3 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *