Cara Semak Domain Kena Banned Google Adsense

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Tergerak hati untuk berkongsikan tips yang sangat mudah ini iaitu cara semak domain sama ada ianya telah di’banned oleh Google Adsense atau masih suci murni.

Tips ini sangat berguna sekiranya anda ingin untuk membeli domain sama ada .com, .net. .org .my dan banyak lagi.

Saya rasa ramai yang sudah tahu atau tidak tahu sebenarnya domain yang kita gunakan atau hendak dibeli kebanyakkannya telah digunakan oleh pengguna yang lain sebelum ini.

Kadang-kadang ada domain yang telah di’banned oleh Google Adsense semasa digunakan oleh pemilik dulu menyebabkan iklan Google Adsense tidak akan keluar di laman web atau blog anda.

Jika berminat untuk menyemak domain anda atau baru sahaja hendak memilik domain, anda boleh menyemak dengan cara yang sangat mudah.

1) Masuk ke laman web Adsense SandboxKlik sini

2) Taip url domain anda, contoh : www.samsulahmad.com

3) Klik butang ‘Preview Ads’

4) Anda akan dapat lihat keputusannya. Jika iklan Google Adsense masih jelas kelihatan, maka domain anda masih suci murni dan boleh digunakan untuk menjana wang dari Google Adsense sama ada di blog Bahasa Inggeris mahu pun Bahasa Malaysia.

5) Jika iklan Google Adsense tidak kelihatan, ini bermakna domain anda telah di’banned oleh Google Adsense. Sekiranya bercadang baru sahaja untuk mendapatkan domain tersebut, lupakan dan cari domain yang lain.

*Sebenarnya banyak laman web yang menyediakan cara untuk check domain ini, tetapi yang saya kongsikan ini antara yang terbaik.

5 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *