Lagi Buffered Earnings ke-4 dari Nuffnang

Rasa bosan jugak cerita pasal Nuffnang yang hasilnya tak seberapa nie. Tapi oleh kerana 2 hari lepas kalau tak silap, Nuffnang dengan rasa kasihan, telah memberi Buffered Earnings yang ke-4 untuk kempen iklan Nescafe Chill-lah Grapevine.

Apa tujuan Nuffnang bagi Buffered Earnings kat blog aku yang memang visitor tak sampai 20 sehari nie? Hahaha… Serius memang tak sampai 20 visitor pun dalam tempoh 24 jam.

Kalau yang menjenguk blog aku nie, aku rasa mungkin diorang tersesat blog masa blogwalking kot. Hahaha…. Thanks‘lah siapa-siapa yang sesat tu yew!

Okay, berbalik kepada cerita Buffered Earnings nie, korang tengoklah screenshot pendapatan Buffered Earnings aku kat atas nie, beribu-ribu tu… Hahaha… Alahai, ciputnya…

Mungkin ramai yang masih buntu cara untuk mendapatkan Buffered Earnings nie kan? Aku dulu pun tak pernah dapat benda alah nie, entah macam mana aku terbaca tips dari blog Citeje mengenai cara untuk mendapatkan Buffered Earnings nie, terus aku cuba dan alhamdullillah tak sia-sia percubaan aku tu. Korang nak tips tu? Terjah sini!

14 comments

Leave a Reply to Mr.CiteJe Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *