Maharaja Lawak Mega Semakin Membosankan!

Bosan! Bosan! Memang membosankan apabila korang dalam jam 9.45 malam sudah berada di depan kaca tv untuk menunggu rancangan yang dikatakan ‘besar’ nie. Mana tak nya, peserta bukan setakat dari Malaysia, malah dari negara jiran Singapura dan Indonesia pun turut menyertai rancangan ini.

Tapi, memang menghampakan untuk peminat Maharaja Lawak di mana Jozan, Sepah, Nabil, Jambu dan lain-lain beraksi di pentas yang jauh beza suasana apabila menontonnya. Apabila menonton Maharaja Lawak Mega nie, alahai… Apa boleh buat, aku dah ambil pakej Mustika Astro nie semata-mata nak layan Maharaja Lawak Mega nie. Peserta semuanya otai, tapi lawak entah apa-apa. Nasib baik peserta kesayanganku Kumpulan 3GP dan Kumpulan BP (Bawal Power) boleh mengubat luka di dada nie.

Kumpulan 3GP dan BP jer pun yang boleh membuatkan tergelak apabila mereka beraksi dalam Maharaja Lawak Mega nie. Yang lain? Malas lah nak komen, nanti tak pasal-pasal aku kena saman. Hahaha… Kan ke sekarang nie artis suka menyaman blogger? Macam kes “Fauzi Nawawi Dengan Kekasih Gelap” yang nak menyaman blogger.

Ok, stop pasal saman menyaman dan beralih semula pada Maharaja Lawak Mega nie. Pada minggu lepas Kumpulan 3GP dan Kumpulan BP pun kurang sengatlah… Tapi aku memang tabik habis kat Bob Kuman dari Kumpulan BP tu, walaupun dalam keadaan sakit dan kalau diikutkan beliau kena berada di wad hospital. Tapi demi peminat, beliau sanggup membuat yang terbaik untuk semua peminat. Dahlah minggu sebelum nie beliau terjatuh dalam tandas semasa nak bersiap-siap dan hanya Sobri seorang yang beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega.

Sobri Bawal Power nie aku memang suka tengok dia bercakap, sebab dia boleh bercakap sambil ketawa. Bila bercakap tu, macam nak teriak orang. Hahaha, memang dah style dia bercakap kot? Tengok dalam rancangan AC Di Sini pun dia bercakap macam tu. Tapi, juri tak suka dia bercakap macam berteriak tu. Nak buat macam mana, memang dah style dia.

Harap-harap minggu seterusnya Mahraja Lawak Mega nie tidaklah membosankan dan diharap Penganjur & Penerbit Program ini akan membuat inisiatif untuk meningkatkan lawak peserta-peserta nie. Bayangkan kalau Jozan, Sepah, Nabil & Jambu join sekali dalam Maharaja Lawak Mega nie? Hahaha…Habislah otai-otai…

3 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *