Salam Ramadan… Berbuka Dengan Juadah Apa?

Salam Ramadan… Jika jam sudah hampir masa berbuka, sudah pasti dalam kepala anda akan teringat dengan juadah yang berada di Bazar Ramadan atau pun bahan mentah yang berada di dalam peti ais rumah anda untuk dijadikan bahan santapan semasa berbuka puasa nanti.

Jangan marah sebab saya letakkan gambar ayam golek di atas ini dan sudah pasti nampak sangat menyelerakan, betul? Ya, hari pertama berpuasa inilah juadah berbuka puasa saya walaupun seorang diri.

Harga ayam golek di tempat saya ini agak murah, seekor hanyalah RM18 dan separuh hanya RM9. Tapi agak mengecewakan sebab rasanya yang kurang menepati lidah saya.

Mungkin sedap dan lazat bagi orang lain. Jadi, akhir kata dari saya, jangan membazir di bulan puasa lebih-lebih lagi apabila berada di Bazar Ramadan, semuanya nak disapu!

P/S: Ramadan atau Ramadhan? Rujuk kamus dewan ternyata jawapannya adalah Ramadan. 🙂

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *