Assalamualaikum...

Cara Install WordPress Di Hosting

Cara install WordPress di dalam hosting tidaklah susah atau sukar seperti yang digambarkan. Anda sendiri boleh melakukannya kerana setiap hosting yang anda beli, kebanyakkan ada menyediakan Softaculous di mana ianya mempunyai software untuk anda isikan di dalam hosting.

Untuk pengguna blogspot yang teragak-agak untuk bertukar kepada WordPress, jangan risau sebab data atau fail-fail di dalam blogspot anda boleh dipindahkan ke dalam blog WordPress. Yang ini akan didedahkan kelak.

Login di dalam hosting cPanel anda dan cari Softaculous sampai jumpa.

1) Choose Domain – Pilih domain anda, tapi kalau hosting yang baru dibeli, sudah pasti hanya satu domain di dalam hosting tersebut.

2) In Directory – Sekiranya anda hendak menjadikan domain sebagai bahagian utama, buang atau delete ‘wp’ yang berada di dalam kotak tersebut. Jika anda hendak membuat atau menambah url yang baru, sebagai contoh www.samsulahmad.com/blog, masukkan ‘blog’ di kotak tersebut.

3) Site Name & Site Description – Yang ini anda perlu memasukkan nama blog anda mengikut citarasa masing-masing. Untuk Site Name tu, tak perlu’lah panjang sangat (sebaik-baiknya) sebab ianya adalah nama blog anda dan akan dipaparkan di bar browser. Yang Site Description takpe panjang sikit dari nama blog.

4) Admin Username & Admin Password – Okay, bahagian nie penting sebab kalau password yang sangat mudah, jadi mudah jugaklah untuk orang lain masuk ke dalam admin panel wordpress anda nanti. Kalau boleh buat password huruf dan nombor.

5) Admin Email – Masukkan email anda untuk menerima notifikasi sekiranya ada komen atau sebagainya yang akan masuk nanti.

6) Yang terakhir, tekan butang ‘Install’ dan anda akan diberi link untuk masuk ke blog dan untuk masuk ke admin panel wordpress. Boleh dah setting apa-apa yang patut kat dalam panel tu ya!

Tutorial Install WordPress di Dalam Hosting nie khas untuk blogger yang betul-betul baru nak mengenali wordpress. Kalau yang dah biasa buat benda nie, dah tak jadi masalah. Diharap tutorial nie boleh membantu siapa sahaja yang ingin menggunakan WordPress.

Cara manual untuk Install WordPress di Dalam Hosting akan didedahkan lain kali. Terima kasih.

Google :

Posted on 10 November '12 by , under blog, tips, Tutorial, Wordpress. | Tags : , , , , , , , , , , , , , , , .

4 Comments to “Cara Install WordPress Di Hosting”

06.12.12 at 15:13
Posted by pahan

mohon share .k.

p/s : bro, kenapa sidebar tu ke bawah eh ?

07.12.12 at 18:00
Posted by admin

tgh renovate theme kononnya… 😀 coding error…

11.12.12 at 00:06
Posted by Budak Geek

terbaik tutorial nie boss…aku dah bookmark untuk rujukan rakan2 nak baru nak jejak kat wordpress

21.12.12 at 12:27
Posted by admin

tq. :) sama2 blaja… hehe..