Rintihan Seorang Lelaki Yang Bergelar Ayah…


Sudah 5 hari aku tinggal seorang diri di rumah nie selepas balik ke kampung tercinta di Kuching, Sarawak. Lepas bercuti seminggu hari tu, keluarga aku ditinggalkan di kampung untuk menyambut hari raya yang akan menjelma tidak lama lagi. Oleh sebab tahun nie aku tak dapat bercuti raya, jadi aku ambil inisiatif untuk menghantar isteri ter’chenta’ dan anak-anak yang ku sayang ke kampung halaman. Kesian jugak kalau diorang beraya di sini nanti, memang tak beraya lah sebab masing-masing akan balik ke kampung.

Kesunyian memang teramatlah terasa apabila ketiadaan puteri-puteriku di rumah nie, Nur Varneeda Qarieysha dan Nur Veeviana Qasrieyna. Ye lah, sebelum nie kalau balik kerja, mesti si kakak Qarieysha akan menunggu kepulanganku dengan senyum sinis nya itu. Si adik Veeviana pulak akan follow kakanya dengan baby walker‘nya.

Hmmm… tapi, bila duduk seorang-seorang macam nie memang terasa bosan yang amay sangat. Kalau sebelum nie semua kerja rumah isteri terchenta aku yang lakukan. Sekarang nie dah macam kembali zaman bujang.

Apa boleh buat, demi mencari sesuap nasi terpaksalah aku merantau dan tinggal seorang diri di sini, yang penting anak-anak dan isteri ku selamat dan sihat walafiat hendak-Nya.

Tapi memang tidak dinafikan memang rasa kerinduan membuak-buak apabila terlihat permainan anak-anak ku yang dtitinggal di rumah nie. Memang sayu dan terkenang gelagat mereka berdua bermain dan membuat gaya masing-masing. Kalau mereka berdua ada, penat lelah semasa bekerja di pejabat pun akan lenyap serta merta apabila melihat air muka anak-anak aku nie.

Apa yang terdaya aku buat sekarang, hanya boleh menghubungi mereka dengan telefon dan nasib baik zaman dah maju, boleh hubungi dengan video call melalui Yahoo Messenger atau Skype. Nak guna 3G video call, tak boleh plak. Aku pakai iPhone, nak face time bini aku pulak pakai BlackBerry, dua-dua takde fungsi video call. Hehehe…

Apa yang aku harapkan semoga mereka semua sihat sejahtera di kampung… InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang untuk bercuti masa terdekat nie, memang aku akan balik ke kampung untuk menziarahi keluarga di sana. Hari tu cuti pun seminggu jer, memang tak puas dan tak sempat nak keluar berjalan ke kotaraya Kuching dan melihat perubahan yang pesat di Kuching.

Okay’lah, rasa lapang dada nie bila dah meluahkan perasaan dan rintihan aku kat entri nie… Nasib baik ada bantal ‘busuk’ Qarieysha untuk menemaniku tidur di malam hari. Assalamualaikum wbt…

Google :